Upskilled Education
Sejak tahun 2011, kami telah bekerjasama dengan pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menawarkan program pengajian khusus untuk mereka yang tidak memenuhi kelayakan minimum untuk meneruskan pengajian melalui laluan biasa.
Misi Kami
Kami komited untuk menyediakan peluang kedua untuk golongan yang tidak berkemampuan mendapatkan akses pembelajaran berkualiti melalui pelbagai program Diploma yang diiktiraf. Selain itu, kami juga komited dalam usaha membantu membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri masa kini serta masa hadapan.
graduan tajaan kami telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan kini ditempatkan di pelbagai syarikat dan industri ternama di Malaysia.
Visi Kami
Menjadi platform pendidikan dipercayai yang memperluas akses kepada pembelajaran berkualiti dan mewujudkan peluang lebih baik bagi rakyat Malaysia untuk membina kerjaya yang mampan.
Upskilled Education menyokong penuh inisiatif Malaysia Higher Education Blueprint 2026 - 2035
01.
Meningkatkan akses ke universiti dan kolej – memperluaskan peluang ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti, dan institusi swasta.
02.
Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat – memberi penekanan kepada peningkatan kemahiran dan kelayakan walaupun selepas seseorang memasuki alam pekerjaan.
03.
Melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi – memperkukuhkan pendidikan akademik termasuk TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) bagi memenuhi keperluan industri masa depan.