APEL T4

1. Apakah APEL T4?

APEL T4 ialah laluan kemasukan ke program pengajian peringkat Diploma MQA melalui Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning). Laluan ini membolehkan individu yang mempunyai pengalaman kerja dan pembelajaran terdahulu memohon kemasukan berdasarkan penilaian APEL yang ditetapkan.

2. Siapakah yang layak memohon APEL T4?

Secara umum, calon perlu berumur sekurang-kurangnya 20 tahun pada tahun permohonan dan mempunyai pengalaman kerja yang bersesuaian. Calon juga perlu memenuhi syarat serta penilaian APEL T4 yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

3. Adakah calon tanpa SPM boleh memohon APEL T4?

Ya, calon yang tidak mempunyai SPM boleh mempertimbangkan laluan APEL T4 sekiranya memenuhi syarat kelayakan dan berjaya melalui penilaian yang ditetapkan. Kemasukan adalah tertakluk pada syarat institusi dan program yang dipilih.

4. Adakah calon yang mempunyai SPM tetapi kurang daripada tiga kredit boleh memohon?

Ya, APEL T4 boleh menjadi salah satu laluan alternatif untuk calon yang tidak memenuhi syarat kemasukan akademik biasa, tertakluk pada kelayakan, pengalaman dan keputusan penilaian APEL.

5. Apakah tujuan APEL T4?

APEL T4 bertujuan memberi peluang kepada individu yang mempunyai pengalaman hidup, pengalaman bekerja dan pembelajaran terdahulu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma melalui laluan penilaian alternatif.

6. Apakah penilaian yang perlu dilalui untuk APEL T4?

Calon perlu menjalani penilaian APEL.A yang merangkumi ujian aptitud (online) dan penilaian portfolio. Penilaian ini bertujuan mengukur pengetahuan, kemahiran serta pembelajaran yang diperoleh daripada pengalaman terdahulu.

7. Apakah contoh pengalaman kerja yang boleh dipertimbangkan?

Pengalaman kerja dalam bidang pentadbiran, perniagaan, pemasaran, teknikal, perkhidmatan atau bidang lain boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian program yang dipohon. Pengalaman tersebut perlu dapat dibuktikan dan tertakluk pada penilaian pihak berkaitan.

8. Adakah saya perlu berhenti kerja untuk menyambung pengajian melalui APEL T4?

Tidak semestinya. Calon yang bekerja boleh memilih program yang sesuai dengan jadual dan komitmen mereka, termasuk program separuh masa atau dalam talian jika ditawarkan oleh institusi berkenaan.

9. Berapakah yuran penilaian APEL T4?

Berdasarkan maklumat rasmi MQA, caj penilaian APEL.A bagi peringkat Diploma untuk warganegara Malaysia ialah RM240. Caj dan kaedah pembayaran semasa hendaklah disahkan melalui portal rasmi sebelum membuat permohonan.

10. Berapa lamakah proses permohonan APEL T4?

Proses penilaian APEL.A lazimnya mengambil masa sekitar 1 hingga 2 bulan, bergantung pada keadaan permohonan dan sama ada calon perlu mengulang penilaian. MQA menyarankan permohonan dibuat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh kemasukan yang dirancang.

11. Bagaimanakah cara memohon APEL T4?

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi APEL.A MQA. Calon perlu mengikuti arahan pendaftaran, memilih tahap penilaian yang sesuai dan melengkapkan proses yang ditetapkan. Sila hubungi kaunselor Upskilled Education untuk bantuan lanjut.

12. Adakah sijil APEL T4 sama seperti Diploma?

Tidak. Sijil APEL.A bertujuan untuk menilai kelayakan pemohon yang tidak mempunyai syarat minimum untuk mengikuti prorgam Diploma MQA yang ditawarkan oleh universiti tempatan (sebagai contoh minimum 3 kredit SPM).

13. Jika saya lulus APEL T4, adakah saya terus mendapat tempat dalam program Diploma?

Tidak secara automatik. Kelulusan APEL T4 membolehkan calon menggunakan laluan kemasukan tersebut, tetapi penerimaan masih tertakluk pada syarat program dan institusi pengajian yang dipilih.

14. Berapa lamakah sijil APEL.A sah digunakan?

Menurut maklumat rasmi MQA, sijil APEL.A mempunyai tempoh sah laku selama lima tahun daripada tarikh makluman keputusan rasmi kepada calon.

15. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang APEL T4?

Anda boleh menghubungi wakil Upskilled Education untuk menyemak syarat kemasukan, yuran permohonan dan proses pendaftaran. Selain itu, anda juga boleh menyemak laman web rasmi MQA untuk maklumat yang sah dan terkini.

Inactive

Giving

All donations to the Student Emergency Fund will directly support our students as they adapt to changing circumstances.

Alumni

Everything that I learned at Kempbelle University really helped put me above the competition in the field of business management.

Alyssa Watson
BA Business Management

Inactive