Akademi TVET Unirazak

KAMPUS UTAMA
Kuala Lumpur
JUMLAH PELAJAR
2437
PENGENALAN
Akademi TVET UNIRAZAK (ATUR) merupakan pusat latihan TVET di bawah Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) yang diiktiraf dan berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. ATUR menawarkan pelbagai program berasaskan kemahiran daripada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) hingga Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam pelbagai bidang yang memenuhi keperluan industri.
Dengan kurikulum berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), pendekatan pembelajaran secara amali, latihan industri serta bimbingan kerjaya, ATUR komited melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan tenaga kerja masa hadapan.
PROFILE UNIVERSITI
- Nama Institusi: Akademi TVET Unirazak
- Lokasi Kampus: 195A, Jln Tun Razak, Hampshire Park, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Tahun Ditubuhkan: 2010
- Bidang Kepakaran: Teknologi Maklumat dan Digital, Seni Kreatif dan Multimedia dan Perkhidmatan Estetik
- Badan Pengiktirafan: Diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia
- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO): Amil Izham Hamzah
- Mod Pembelajaran: Kelas fizikal di kampus Universiti
- Jadual Kelas: Isnin – Jumaat
KURSUS DITAWARKAN
Para graduan kami kini berkhidmat dalam pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia seperti