
Tiada SPM Tapi Berminat Mendapatkan Diploma?
Gagal SPM tidak bermakna segalanya telah tamat. Bagi mereka yang tetap berminat untuk mengejar masa depan yang lebih cerah, kami menyediakan laluan khas untuk anda mendapatkan Diploma tanpa SPM dengan program Diploma Kemahiran yang turut mendapat pengiktirafan Kementerian Sumber Manusia (MOHR).
Sejak 2011, Upskilled Education telah berkerjasama dengan banyak institusi pengajian untuk menyediakan pelbagai program Diploma Kemahiran yang berkualiti dan mendapat permintaan tinggi dalam industri. Pilih antara program yang anda minati dan daftar sekarang untuk mendapatkan promosi Rebate terhad sehingga RM2000!

Promosi Yuran Pendaftaran Hanya RM300 Untuk Setiap Program!
Graduan kami datang dari pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa. Tingkatkan tahap akademik anda bersama kami sekarang!
Mengapa pilih program Diploma Kemahiran?
- Fokus kepada latihan praktikal (hands-on).
- Lebih bersedia untuk memasuki alam pekerjaan.
- Kemahiran yang memenuhi keperluan industri.
- Peluang kerjaya yang lebih luas.
- Sesuai untuk pelajar yang minat pembelajaran praktikal.
- Diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- Berpeluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
- Meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Apakah syarat untuk memohon program Diploma Kemahiran?
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 – 35 tahun
- SPM tidak diperlukan
- Sihat tubuh badan
- Minat program yang dipilih
Adakah sebarang bantuan kewangan ditawarkan untuk program ini?
Bantuan kewangan disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) termasuk Yuran Pengajian, Wang Sara Diri, Elaun Tempat Tinggal dan sebagainya, bergantung kepada program yang dimohon.
Apakah perancangan selanjutnya setelah saya tamat pengajian?
Graduan yang telah tamat pengajian akan diberikan penempatan pekerjaan yang sedia ada mengikut bidang yang dipelajari menerusi kerjasama Universiti dengan pelbagai syarikat tempatan. Anda juga boleh memilih untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti Sarjana Muda (Degree) di mana-mana institusi pengajian awam atau swasta di Malaysia.